Social Icons

Pages

Rabu, 01 Januari 2014

Isma desak kerajaan tolak usul gabungan NGO di Geneva

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK November 04, 2013
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) akan terus mendesak kerajaan agar menolak semua tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) melalui syor yang dikemukakan dalam deraf laporan di Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva baru-baru ini.

Timbalan Presiden Isma Aminuddin Yahya (gambar) berkata, kerajaan perlu berhati-hati dan tidak bertolak ansur dengan tuntutan tidak munasabah Comango yang menyentuh soal kebebasan agama, LGBT dan penghapusan hak orang Melayu.

“Isma mendesak kerajaan menolak semua cadangan Comango yang berkaitan hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan apa saja yang menyentuh keutuhan agama dan kedaulatan Perlembagaan.

 “Kami bersedia untuk memberikan input dan kerjasama dengan mana-mana badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengemukakan hujah bagi menolak tuntutan atau cadangan anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
“Isma juga akan mengadakan program jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat perancangan Barat dan peranan Comango dalam memporak-perandakan keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Aminuddin yang juga merupakan delegasi Gabungan Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva bulan lalu berkata jadual program jelajah itu akan diumumkan tidak lama lagi di samping menyeru seluruh masyarakat yang cintakan agama, bangsa serta kedaulatan negara untuk bersama-sama menilai cadangan tersebut.
“Semasa sesi penerimaan awal 31 Oktober lalu, Malaysia telah menerima pelbagai cadangan daripada negara anggota dan akan meneliti semua cadangan dan pendirian akan diumumkan pada Mac 2014.
“Dalam hal ini, Isma memuji pendekatan Malaysia kerana tidak tergesa-gesa membuat keputusan,” katanya.

Ketua Delegasi MuslimUPRo dalam kenyataannya pada Jumaat berkata perwakilan tetap Malaysia ke Geneva, Datuk Mazlan Muhammad semasa berucap dalam sesi penutup telah mengulangi komitmen Malaysia kepada proses UPR menyatakan komitmen untuk meneliti kesemua 232 syor untuk diberikan maklumbalas pada Mac tahun depan.
Katanya, Comango, semasa di Geneva, telah mencabar kedudukan Islam di Malaysia seperti dalam saranan beberapa negara seperti Poland, Latvia, Sierra Leone, Benin dan Uruguay.

Beliau berkata Comango turut mengutarakan isu pengiktirafan hak LGBT seperti disarankan Jerman, Croatia, Perancis dan Argentina, selain tuntutan mengizinkan amalan dan penyebaran Syiah seperti ditimbulkan perwakilan Iran. – 4 November, 2013. The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar